Blog Widget by LinkWithin
Mohd Fais
Dua minggu lepas papa,mama,tok,tokwan dan paksu pergi makan kenduri kawan tokwan kat Parit Buntar. Balik dari sana terus pergi ke Junjong Kulim melawat bakal sepupu baby iaitu anak Pak Ngah Farid, nama dia Muhammad Akil Danish (MAD). Danish baru berusia 8 bulan dan sekarang tinggal bersama neneknya di Kulim. Al maklum la, Pak Ngah Farid dan Mak Ngah Zai masing-masing kerja jauh, so Danish nenek dia bela. Danish cucu pertama tok dan tokwan, dan akan menyusul cucu kedua iaitu baby papa dan mama. Masa melawat tuh papa hadiahkan Danish bantal Doreamon, sebenarnya nak bagi bantal Spogebob tapi tertinggal kat umah. Seperti kebiasaan kanak-kanak Danish juga mengalami masalah kulit (alergy), masalah alergy ni dah memang menjadi kewajipan bagi keluarga kita kerana tok papa, papa, pakcik, paksu semua ada alergy. Silap makan ja, naik la gatal-gatal. Harap baby nanti ikut mama, takda alergy. Papa ada shoot beberapa keping pic Danish =)

Muhammad Akil Danish Bin Mohd Farid

Photobucket

Mama pegang Danish

Photobucket
|
Mohd Fais
Semalam jam 5 pagi (13/06/2009) mama mengadu sakit perut kuat sangat dan baby kurang pergerakan. Then papa bawa mama pergi Hospital Metro. Masa tu tiba di sana jam 5.30 pagi di Bahagian Kecemasan. Dokter Ashraf datang periksa mama dan tidak dapat mengesahkan kesakitan yang mama alami, dokter sarankan mama di tahan di wad. Mama di masukkan ke wad Tingkat 1, dan sejurus selepas itu seorang staf nurse datang dan memeriksa perut mama. Dia bawa alat untuk memeriksa perut mama, katanya untuk mendengar dengupan jantung baby, sebenarnya ini ialah satu proses untuk mengenalpasti keadaan baby samada masih aktif ataupun tidak. Nurse sapukan pelincir alat stereo dan letakkan di perut mama.. "dup..dup..dupp" dengar dengupan jantung baby..Ahh, lega rasanya pabila di dapati baby ok..Sebenarnya apa yang mama alami hanya keletihan yang terlampau akibat kurang rehat, dan kerna inilah perut mama sakit.Jam 7.30 pagi papa pun pulang ke rumah untuk mengambil segala keperluan dan mama di tinggalkan di wad. Akibat keletihan papa terlelap sampai ke petang. Petang papa pergi tengok mama, alhamdulillah semua ok dan baby pun kata dokter sihat. Hari ni jam 12.30 tghari (14/06/2009) mama di benarkan keluar wad bersama medical certificate selama 7 hari untuk berehat dan papa pula terbang RM804 / sehari untuk kos perubatan mama,huhu. Baby punya pasal berapa kosnya pun tak per. Dua minggu lagi 26/06/2009 temujanji dengan pakar perbidanan dokter zainol untuk scan jantina baby. Agaknya boy or girl?? masih menjadi tanda tanya =)
|