Blog Widget by LinkWithin
Mohd Fais
Setakat hari ini, inilah perkembangan semasa baby =)

Mama buat 'LOVE' kat baby
Photobucket
Dah makin bulat perut
Photobucket
Hasil scan menunjukkan pembentukan tulang belakang bayi
Photobucket
|
Mohd Fais
Tadi papa keluar dinner dengan mama kat Kedai Lebai.Masa tengah makan mama cakap yang baby sekarang dah 5 bulan.Wah,papa hampir terlupa yang anak papa dah besar.Al maklum la sejak akhir-akhir ni bz dengan kursus.Sekali papa renung betul-betul,a ah la dah makin bulat perut mama. Selera makan mama dah bertambah kuat sekarang, semalam je mama makan nasi 3 kali dalam masa tak sampai 6 jam. Wah,ini sudah cukup bagus. Sinopsis bermula di Husin Nasi Kandar jam 1 tengahari menu : nasi + ikan goreng + telur dadar + sotong, jam 4 petang makan kenduri Uncle Mizi Kawin menu : nasi minyak + gulai batang pisang + kurma daging + ayam masak merah + sambal + acar + sirap, jam 6 petang di rumah nenek papa menu : nasi minyak + daging + ayam + rendang tok. Alhamdulillah,eeerrkkkk..tu je yang sempat papa dengar keluar dari mulut mama, sungguh khusyuk mama menjamah. Mama cakap papa yang berat badan dah naik sekilo dalam sehari dua ni menjadikan 54kg.Seminggu lepas timbang kat pejabat kesihatan 52.4kg. Ini amat menggembirakan papa, tak cukup lagi tadi papa dah pi Giant top up AnMum sekotak lagi untuk baby sihat dan kuat =)
|