Blog Widget by LinkWithin
Mohd Fais
Semalam jam 5 pagi (13/06/2009) mama mengadu sakit perut kuat sangat dan baby kurang pergerakan. Then papa bawa mama pergi Hospital Metro. Masa tu tiba di sana jam 5.30 pagi di Bahagian Kecemasan. Dokter Ashraf datang periksa mama dan tidak dapat mengesahkan kesakitan yang mama alami, dokter sarankan mama di tahan di wad. Mama di masukkan ke wad Tingkat 1, dan sejurus selepas itu seorang staf nurse datang dan memeriksa perut mama. Dia bawa alat untuk memeriksa perut mama, katanya untuk mendengar dengupan jantung baby, sebenarnya ini ialah satu proses untuk mengenalpasti keadaan baby samada masih aktif ataupun tidak. Nurse sapukan pelincir alat stereo dan letakkan di perut mama.. "dup..dup..dupp" dengar dengupan jantung baby..Ahh, lega rasanya pabila di dapati baby ok..Sebenarnya apa yang mama alami hanya keletihan yang terlampau akibat kurang rehat, dan kerna inilah perut mama sakit.Jam 7.30 pagi papa pun pulang ke rumah untuk mengambil segala keperluan dan mama di tinggalkan di wad. Akibat keletihan papa terlelap sampai ke petang. Petang papa pergi tengok mama, alhamdulillah semua ok dan baby pun kata dokter sihat. Hari ni jam 12.30 tghari (14/06/2009) mama di benarkan keluar wad bersama medical certificate selama 7 hari untuk berehat dan papa pula terbang RM804 / sehari untuk kos perubatan mama,huhu. Baby punya pasal berapa kosnya pun tak per. Dua minggu lagi 26/06/2009 temujanji dengan pakar perbidanan dokter zainol untuk scan jantina baby. Agaknya boy or girl?? masih menjadi tanda tanya =)