Blog Widget by LinkWithin
Mohd Fais
Semalam papa dan mama pergi jumpa doktor zainol selepas berbuka puasa, seperti biasa untuk monthly checkup untuk bulan Ogos..nak due date nih mama cakap every 2 week kena buat checkup kat spital..dengan doktor zainol pula gap dalam 3 minggu sekali..sample darah dan urine test di lakukan untuk mengenalpasti jikalau terdapat komplikasi, so far alhamdulillah kedua result darah dan urine 'good'..dan seperti kebiasaanya juga doktor zainol akan melakukan scan setiap kali perjumpaan..kali ni dapat di lihat keseluruhan bentuk dan sifat yang sempurna pada baby..cuma takleh nak view overall image coz baby dah besar..hanya part body yang boleh di lihat..everything is good and in tiptop condition, syukur alhamdulillah..kemudian doktor melihat kedudukan baby yang kini bahagian kepala telah memusing ke bawah dan beberapa minggu lagi dah get ready untuk position deliver..kemudian ukuran diagonal bahagian atas (kepala) di ukur untuk mengetahui berat baby..dan hasilnya ialah 2.3kg (plus minus 0.4kg)..doktor cakap berat ni normal dan akan terus meningkat menjelang bulan hadapan..dan di jangkakan berat mama akan sedikit berkurangan kerana menunaikan ibadah puasa..mama dan papa makin excited nak menerima kehadiran baby dalam keluarga kita, so sekarang baby rehat dulu yer..see baby on middle October =)
|