Blog Widget by LinkWithin
Mohd Fais
First of all, Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat illahi.

Segala penantian dan debaran kini telah terjawab apabila papa dan mama di anugerahkan cahaya mata pertama pada 16 Oktober 2009 jam 11.10 pagi di Wisma Pakar Perbidanan & Sakit Puan Sungai Petani Kedah. Bayi lelaki seberat 2.45kg yang di beri nama Muhammad Elfy Qaleesh telah selamat di lahirkan dengan sempurna.

Sinopsis pada 16 Oktober 2009

Jam 6.15 pagi
- Mama telah mengejutkan papa dari tidur dan menyatakan bahawa darah telah keluar dan mengalami sakit pada perut dan pinggang. Tanda untuk kelahiran telah bermula.

Jam 6.40 pagi
- Mama telah di masukkan ke bilik pemeriksaan untuk di periksa dan doktor mendapati bukaan pintu rahim hanya 1cm dan belum bersedia untuk kelahiran. Seterusnya, doktor memberi suntikan dan di hantar ke bilik untuk rehat.

Jam 8.30 pagi
- Mama mengalami kesakitan yang amat sangat, papa telah memanggil nurse untuk memberikan pain killer untuk mengurangkan kesakitan.

Jam 9.12 pagi
- Mama dimasukkan ke wad bersalin untuk persediaan kelahiran. Namun di sebabkan pintu rahim masih belum mencapai 7cm-8cm doktor merehatkan di atas katil sementara doktor kelihatan bergegas ke wad lain untuk scissors pesakit. Papa menemani mama dengan penuh debaran.

Jam 11.00 pagi
- Mama kelihatan sudah bersedia untuk kelahiran dan sakit yang amat sangat. Papa memanggil nurse dan doktor. Selama 5 minit mama bertarung untuk kelahiran dan dapat di lihat kesakitan dari riak wajah mama. Doktor mengambil keputusan untuk menggunakan vaccum di sebabkan denyutan baby makin perlahan kerana tali pusat telah melilit leher. Tepat jam 11.10 pagi baby telah selamat di bawa keluar oleh doktor dan di berikan oksigen. Beberapa saat kemudian terdengar suara baby menangis. Alhamdulillah.

Inilah pengalaman pertama menjadi seorang papa melihat mama melahirkan baby. Satu pengalaman yang bisa membuatkan papa pengsan melihat apa yang berlaku dalam bilik kelahiran,hehe. Walaupun papa tidak mengalami apa yang di rasai mama, namun seharian berkejar sana sini dan menjelang petang papa hampir flat. Pengalaman yang cukup berharga buat anak pertama papa. Kepada baby papa Muhammad Elfy Qaleesh, selamat datang ke dunia di ucapkan dan kepada mama tersayang terima kasih atas segalanya. Inilah bukti cinta kita berdua. Semoga papa dan mama dapat membesarkan Qaleesh dengan baik dan sempurna, dan semoga Qaleesh cepat besar seperti papa,hehe. Tidak lupa juga kepada Uncle Hasbi dan Auntie Sue kerana mengambil berat tentang Qaleesh, semoga nanti Qaleesh leh jumpa kalian berdua =)

Antara pic yang sempat papa capture dengan enpon

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
|