Blog Widget by LinkWithin
Mohd Fais
First of all, papa Qaleesh nak minta maaf kerana kesibukan kerja seharian membuatkan blog ini tidak di update lebih dari sebulan. Tambahan pula Qaleesh dan mama berada di rumah mbah di Ipoh, Perak. Tapi sekarang Qaleesh dan mama dah pulang ke Sungai Petani. Papa amik Qaleesh hari Ahad lepas. Qaleesh sekarang dah tembam, berat sekarang mencecah 4kg dalam masa tak sampai usia 2 bulan. Tok papa pun terkejut melihat pembesaran Qaleesh yang mendadak. Mana tidaknya, setiap 2 jam merengek nak susu. Tak cukup dengan susu botol di sambung pula dengan susu badan. Papa paling best tengok Qaleesh minum susu, melahap-lahap laparnya. Time tido adalah saat paling comel bila melihat mulut sampai ternga-nga kerana keasyikan.

Ok, dah abis cerita bab Qaleesh. Sekarang papa nak cerita pasal gift yang Qaleesh terima dari nun jauh di sana. Gift ini di terbangkan oleh pos malaysia dari Terengganu ke opis papa. Gift ini datang dari Uncle Hasbi & Family. Thankz so much my lovely uncle and auntie, Qaleesh luv u'all. Malangnya papa Qaleesh menerima gift ini setelah sebulan. Gift ini sampai awal, kalau tak salah dalam bulan Oktober. Tapi pihak pengurusan tempat papa kerja tidak memaklumkan adanya pesanan barang buat papa. Nasib baiklah seorang staff kat tempat papa kerja tuh prihatin dan call bagitau ada bungkusan penghantaran. Kalau tidak katanya bungkusan ini akan di hantar balik kepada pemiliknya, nasib baiklah. Bak kata orang kalu dah rezki tak kemana kan. Papa pun tak buka bungkusan kerana tunggu Qaleesh balik SP dulu baru buka. Dan semalam baru mama buka bungkusan tuh, huh dah sebulan setengah baru nak buka, adess. Mama dan papa terkejut tengok hadiah dan kad yang di hantar oleh pengirimnya. Wish card di buat sendiri oleh Uncle Hasbi. Memang cantik dan daboomm. Yang besh tuh ada pic Qaleesh pada halaman depan kad. Gambar di curi dari web diaripapa,huhu. Uncle Hasbi ada beli copyright ker dengan papa Qaleesh, kang kena saman tak mampu nak bayar woo,hehe. Papa Qaleesh melawak ja, neway tima kasih banyak kepada seluruh keluarga Uncle Hasbi yang bersusah payah untuk Qaleesh. Nanti Uncle Hasbi datang SP jenguk Qaleesh yer. Papa Qaleesh dah nak pindah rumah baru ujung tahun neh, Uncle Hasbi datang yer tido sini. Bye kim salam semua di sana..daaa..

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Pic terbaru Qaleesh masa papa dan mama buka hadiah Uncle Hasbi semalam.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
|
Mohd Fais
Papa sekarang ada kat umah, balik kejap rehat. Qaleesh dan mama pula sekarang kat umah tok papa. Tadi mama call papa, cakap tali pusat Qaleesh dah luruh masa nak mandikan Qaleesh petang tadi. Tak sampai seminggu pown dah jatuh yer sayang. Lepas neh leh cepat meniarap yer =)

Di sebabkan umah tok papa tak dapat coverage P1. Kena la papa balik upload pic Qaleesh kat umah. Kepada followers diaripapa maaf la yer kalu lewat posting.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

P/S : Papa cuba capture pic Qaleesh 1 click / day.
|
Mohd Fais
First of all, Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat illahi.

Segala penantian dan debaran kini telah terjawab apabila papa dan mama di anugerahkan cahaya mata pertama pada 16 Oktober 2009 jam 11.10 pagi di Wisma Pakar Perbidanan & Sakit Puan Sungai Petani Kedah. Bayi lelaki seberat 2.45kg yang di beri nama Muhammad Elfy Qaleesh telah selamat di lahirkan dengan sempurna.

Sinopsis pada 16 Oktober 2009

Jam 6.15 pagi
- Mama telah mengejutkan papa dari tidur dan menyatakan bahawa darah telah keluar dan mengalami sakit pada perut dan pinggang. Tanda untuk kelahiran telah bermula.

Jam 6.40 pagi
- Mama telah di masukkan ke bilik pemeriksaan untuk di periksa dan doktor mendapati bukaan pintu rahim hanya 1cm dan belum bersedia untuk kelahiran. Seterusnya, doktor memberi suntikan dan di hantar ke bilik untuk rehat.

Jam 8.30 pagi
- Mama mengalami kesakitan yang amat sangat, papa telah memanggil nurse untuk memberikan pain killer untuk mengurangkan kesakitan.

Jam 9.12 pagi
- Mama dimasukkan ke wad bersalin untuk persediaan kelahiran. Namun di sebabkan pintu rahim masih belum mencapai 7cm-8cm doktor merehatkan di atas katil sementara doktor kelihatan bergegas ke wad lain untuk scissors pesakit. Papa menemani mama dengan penuh debaran.

Jam 11.00 pagi
- Mama kelihatan sudah bersedia untuk kelahiran dan sakit yang amat sangat. Papa memanggil nurse dan doktor. Selama 5 minit mama bertarung untuk kelahiran dan dapat di lihat kesakitan dari riak wajah mama. Doktor mengambil keputusan untuk menggunakan vaccum di sebabkan denyutan baby makin perlahan kerana tali pusat telah melilit leher. Tepat jam 11.10 pagi baby telah selamat di bawa keluar oleh doktor dan di berikan oksigen. Beberapa saat kemudian terdengar suara baby menangis. Alhamdulillah.

Inilah pengalaman pertama menjadi seorang papa melihat mama melahirkan baby. Satu pengalaman yang bisa membuatkan papa pengsan melihat apa yang berlaku dalam bilik kelahiran,hehe. Walaupun papa tidak mengalami apa yang di rasai mama, namun seharian berkejar sana sini dan menjelang petang papa hampir flat. Pengalaman yang cukup berharga buat anak pertama papa. Kepada baby papa Muhammad Elfy Qaleesh, selamat datang ke dunia di ucapkan dan kepada mama tersayang terima kasih atas segalanya. Inilah bukti cinta kita berdua. Semoga papa dan mama dapat membesarkan Qaleesh dengan baik dan sempurna, dan semoga Qaleesh cepat besar seperti papa,hehe. Tidak lupa juga kepada Uncle Hasbi dan Auntie Sue kerana mengambil berat tentang Qaleesh, semoga nanti Qaleesh leh jumpa kalian berdua =)

Antara pic yang sempat papa capture dengan enpon

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
|
Mohd Fais
Memandangkan hari kelahiran baby hanya tinggal sebulan jer lagi, segala keperluan di saat akhir di siapkan. Banyak juga barang yang telah di beli, setakat hari ni dah mencecah RM700 tidak termasuk ubat bersalin mama. Masih memerlukan beberapa aksesori dan ubatan lain. Antara aksesori new born yang telah di sediakan adalah seperti di bawah.

Telah di sediakan
1. Pakaian New Born Mickey 'n' Anakku (2 pasang lengan panjang + 2 pasang lengan pendek)
2. Bedak Baby
3. Lampin / Napkin
4. Pampers New Born
5. Mandian Baby (Sabun + Shampoo + Blablabla)
6. Selimut Mickey
7. Botol Susu Mickey (2 botol kecil + 1 botol besar)
8. Set Tidur (Tilam kabu + Bantal dakap/tido kabu)
9. Stocking Mickey
10. Stroller Mickey Mouse
11. Kain Batik Baru (2 pasang)
12. Wang untuk Kos Bersalin Swasta (RM****k)
13. DLL (terlupa plak)

Belum di sediakan
1. Jamu Ibu Bersalin Nyonya Roguy (RM400+)
2. Tungku (Free pinjam tokpapa punya)
3. Bengkung
4. Stocking mama
5. Beg Barang Mama + Beg Barang Baby

Jika di lihat list di atas rasanya masih ada yang tercicir, walaubagaimanapun papa akan semak kembali apa yang belum cukup. InsyaAllah, di harapkan semuanya berjalan dengan lancar. Lepas ni papa posting cerita pasai nama baby plak yer =)

Raga kat bawah dah tak muat, banyak lagi barang yang belum di masukkan
Photobucket


Stroller Mickey Mouse (Beli diskaun RM300 jer)
Photobucket
Photobucket
|
Mohd Fais
Semalam Uncle Jani call papa tanya bila nak hantar balik aksesori fotografi yang papa pinjam, yer la kan dah nak raya dia nak guna shoot gambar family. So, hari ni papa boring duk umah cuti jadi cakap la mama suh balik keja awal skit. Jam 4 mama balik, siap-siap terus gi alor setar. Misi ke alor setar nak hantar barang Uncle Jani. Sampai sana terus pusing-pusing cari kedai makan untuk berbuka puasa. Pusing punya pusing last jumpa la kedai makan berdekatan dengan stadium, nama dia Restoran Tepi Sungai. Order makan pastu ajak mama keluar, malas nak tunggu kat meja makan risau tergugat iman dengan kemerahan ayaq tembikai, terus planning gi lepak dulu. Destinasi lepak ialah menara alor setar, lepak kejap dalam setengah jam sambil menge'shoot' mama posing. Kemudian balik ke restoran untuk berbuka puasa. Sebelum balik ke sp singgah umah Uncle Jani then terus balik. Malas nak pusing-pusing alor setar, jalan jem. Mama plak jenis tido awal, baru jam 9.30 mata dah layu. Sekarang papa tengah taip posting ni pun mama dah karam di lautan. Baby nak tido so mama pun kena tido ler.

Pic mama n baby posing
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sapa la ni hensem macam Hero Korea,huhu
Photobucket

Ni pic time buka posa

Sebelum belasah
Photobucket
Photobucket

Tengah membelasah
Photobucket

Hasil belasahan
Photobucket

Mama tersenyum kekenyangan
Photobucket
|
Mohd Fais
Semalam semua ahli keluarga papa berkumpul di rumah untuk berbuka puasa beramai-ramai. Antara menu berbuka puasa ialah menu indian iaitu nasi kandaq. Tapi bukan nasi kandar yang di masak la, tok papa beli jer kat kedai. Memula tok papa mengidam nak makan nasi beryani, malangnya setelah tunggu hampir 2 jam beratur nasi dan lauk habis. Terpaksa la berubah ke nasi kandar pelita untuk membeli juadah berbuka puasa.Antara snap pic yang sempat papa capture semalam.

Mama bancuh air oren
Photobucket

Juadah yang tok papa beli, nasi kandar + kuih + tempe (kesukaan papa)
Photobucket

Paksu Fauzan yang pasrah menanti laungan azan
Photobucket

Menanti waktu berbuka puasa
Photobucket

Masuk waktu berbuka puasa, doa di baca
Photobucket

Akibat kekenyangan
Photobucket
Photobucket
|
Mohd Fais
Semalam papa dan mama pergi jumpa doktor zainol selepas berbuka puasa, seperti biasa untuk monthly checkup untuk bulan Ogos..nak due date nih mama cakap every 2 week kena buat checkup kat spital..dengan doktor zainol pula gap dalam 3 minggu sekali..sample darah dan urine test di lakukan untuk mengenalpasti jikalau terdapat komplikasi, so far alhamdulillah kedua result darah dan urine 'good'..dan seperti kebiasaanya juga doktor zainol akan melakukan scan setiap kali perjumpaan..kali ni dapat di lihat keseluruhan bentuk dan sifat yang sempurna pada baby..cuma takleh nak view overall image coz baby dah besar..hanya part body yang boleh di lihat..everything is good and in tiptop condition, syukur alhamdulillah..kemudian doktor melihat kedudukan baby yang kini bahagian kepala telah memusing ke bawah dan beberapa minggu lagi dah get ready untuk position deliver..kemudian ukuran diagonal bahagian atas (kepala) di ukur untuk mengetahui berat baby..dan hasilnya ialah 2.3kg (plus minus 0.4kg)..doktor cakap berat ni normal dan akan terus meningkat menjelang bulan hadapan..dan di jangkakan berat mama akan sedikit berkurangan kerana menunaikan ibadah puasa..mama dan papa makin excited nak menerima kehadiran baby dalam keluarga kita, so sekarang baby rehat dulu yer..see baby on middle October =)
|
Mohd Fais
Sekarang menunjukkan jam 3.45 petang 22/08/2009 di ruang tamu rumah. Papa sedang melayari internet dan mama sedang menjahit baju di sofa. Hari ini bermulalah puasa hari pertama.So far mama masih lagi maintain, dan tidak mengadu lapar. Tadi jam 12 ada jugak la nampak mama seperti lapar. Yer la kan, bila baby lapar maka mama pun akan lapar. Pada keadaan hari biasa mama akan makan banyak untuk support pembesaran baby.Tapi hari ni mama tekad untuk berpuasa.Bersahurkan menu ayam masak kunyit + telur dadar + sayur campur sudah memadai untuk alas perut, untuk minuman pula mama minum oat chocolate. Petang ni berbuka di rumah tok papa, mesti menu best-best coz hari pertama berpuasa =)


Photobucket
p/s : Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan
|
Mohd Fais
Bermula minggu lepas (hujung bulan Julai) mama telah di beri Carta Pergerakan Janin untuk di isi setiap hari. Waktu mengira pergerakan baby bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Jadi setiap hari mama akan merekod pergerakan baby, baby mestilah mencapai tahap pergerakan sebanyak 10 kali sebelum jam 9 malam. Berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik papa kepada mama, mama beritahu baby selalunya akan mencapai kiraan 10 kali pergerakan pada jam 4-5 petang. Dan kebiasaannya baby bergerak melebihi 10 kali sehari, waktu malam adalah waktu yang sangat aktif baby bergerak. Papa sentuh perut mama pun boleh rasa pergerakan anggota badan baby. Al maklum la, baby lelaki katakan.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan mama pada bulan Julai mendapat tanda merah pada buku rekod pemeriksaan bulanan. Jururawat hospital beritahu yang tekanan darah mama rendah kerana kekurangan zat besi. Mama di nasihatkan supaya lebih banyak mengambil makanan yang boleh menambah darah seperti daging, kerang dan hati ayam. Kini mama di bekalkan vitamin zat besi dan mengambil mengikut sukatan setiap hari.

Laporan Rekod Pemeriksaan Bulan Julai

Photobucket

Carta Pergerakan Janin

Photobucket
|
Mohd Fais
Artikel kali ini lewat skit posting coz papa bz dengan kerja seharian. Papa dan mama dah dapat tahu yang baby mama kandungkan sekarang ialah baby boy. Perkara ini di sahkan oleh doktor apabila melakukan check up bulanan mama. Apabila doktor scan maka nampaklah 'anu' baby boy. Namun doktor suruh datang next month untuk confimkan sekali lagi yang di scan ialah baby boy. Sebelum ini papa dan mama menjangkakan baby girl, ini kerana melihat kepada kecenderungan mama yang sangat positif kepada perempuan. Mama lebih suka melihat baju kanak-kanak perempuan, warna-warna seperti pink dan merah, juga design bunga-bunga. Selepas di sahkan oleh dokter papa tetap gembira walaupun baby boy. Pada scan hari tu dapat lihat baby sedang isap jari, dan beberapa saat kemudian baby menendang perut mama. Wah, papa dan mama senyum ja melihat monitor scanner tu, gembira sangat anak papa sihat =)

Gambar mama di Bukit Merah, Perak

Photobucket
|
Mohd Fais
Hujung minggu lepas papa bawa mama jenjalan kat Pantai Merdeka. Dah lama mama merungut nak pergi jenjalan, tapi di sebabkan kesihatan mama yang tidak mengizinkan jadi Cuti-cuti Malaysia di tangguhkan ke tahun depan. Tahun depan lebih best jenjalan bawa baby sekali, leh papa shoot banyak gambar. Trip ke Pantai Merdeka pergi bersama paksu dan tok Wan. Sampai sana lebih kurang jam 4 ptg, turun je keta terus je beli aiskrim sambil jalan-jalan tepi laut menghirup udara pantai yang agak kepanasan. Lepak jap tepi pantai terus lapar. Paksu ajak pekena Mee Udang Pulau Sayak, apalagi perut dah berbunyi terus je ke sana. Mama dan papa order nasi goreng udang, paksu dan tokwan order koaw teaw udang. Di sebabkan terlalu lapar semua licin di bedal, harga boleh tahan gak la sepinggan RM7. Semua sekali bayar dekat RM45.

Lepas makan di Pulau Sayak, tokwan ajak balik kot Kuala Kedah saja ronda-ronda melihat kesan Tsunami. Pusing sampai pelantar nelayan naikkan ikan, then terus balik.

Gambar mama posing

Photobucket

Gambar papa dan mama kat Pantai Merdeka

Photobucket
|
Mohd Fais
Dua minggu lepas papa,mama,tok,tokwan dan paksu pergi makan kenduri kawan tokwan kat Parit Buntar. Balik dari sana terus pergi ke Junjong Kulim melawat bakal sepupu baby iaitu anak Pak Ngah Farid, nama dia Muhammad Akil Danish (MAD). Danish baru berusia 8 bulan dan sekarang tinggal bersama neneknya di Kulim. Al maklum la, Pak Ngah Farid dan Mak Ngah Zai masing-masing kerja jauh, so Danish nenek dia bela. Danish cucu pertama tok dan tokwan, dan akan menyusul cucu kedua iaitu baby papa dan mama. Masa melawat tuh papa hadiahkan Danish bantal Doreamon, sebenarnya nak bagi bantal Spogebob tapi tertinggal kat umah. Seperti kebiasaan kanak-kanak Danish juga mengalami masalah kulit (alergy), masalah alergy ni dah memang menjadi kewajipan bagi keluarga kita kerana tok papa, papa, pakcik, paksu semua ada alergy. Silap makan ja, naik la gatal-gatal. Harap baby nanti ikut mama, takda alergy. Papa ada shoot beberapa keping pic Danish =)

Muhammad Akil Danish Bin Mohd Farid

Photobucket

Mama pegang Danish

Photobucket
|
Mohd Fais
Semalam jam 5 pagi (13/06/2009) mama mengadu sakit perut kuat sangat dan baby kurang pergerakan. Then papa bawa mama pergi Hospital Metro. Masa tu tiba di sana jam 5.30 pagi di Bahagian Kecemasan. Dokter Ashraf datang periksa mama dan tidak dapat mengesahkan kesakitan yang mama alami, dokter sarankan mama di tahan di wad. Mama di masukkan ke wad Tingkat 1, dan sejurus selepas itu seorang staf nurse datang dan memeriksa perut mama. Dia bawa alat untuk memeriksa perut mama, katanya untuk mendengar dengupan jantung baby, sebenarnya ini ialah satu proses untuk mengenalpasti keadaan baby samada masih aktif ataupun tidak. Nurse sapukan pelincir alat stereo dan letakkan di perut mama.. "dup..dup..dupp" dengar dengupan jantung baby..Ahh, lega rasanya pabila di dapati baby ok..Sebenarnya apa yang mama alami hanya keletihan yang terlampau akibat kurang rehat, dan kerna inilah perut mama sakit.Jam 7.30 pagi papa pun pulang ke rumah untuk mengambil segala keperluan dan mama di tinggalkan di wad. Akibat keletihan papa terlelap sampai ke petang. Petang papa pergi tengok mama, alhamdulillah semua ok dan baby pun kata dokter sihat. Hari ni jam 12.30 tghari (14/06/2009) mama di benarkan keluar wad bersama medical certificate selama 7 hari untuk berehat dan papa pula terbang RM804 / sehari untuk kos perubatan mama,huhu. Baby punya pasal berapa kosnya pun tak per. Dua minggu lagi 26/06/2009 temujanji dengan pakar perbidanan dokter zainol untuk scan jantina baby. Agaknya boy or girl?? masih menjadi tanda tanya =)
|
Mohd Fais
Setakat hari ini, inilah perkembangan semasa baby =)

Mama buat 'LOVE' kat baby
Photobucket
Dah makin bulat perut
Photobucket
Hasil scan menunjukkan pembentukan tulang belakang bayi
Photobucket
|