Blog Widget by LinkWithin
Mohd Fais
Bermula minggu lepas (hujung bulan Julai) mama telah di beri Carta Pergerakan Janin untuk di isi setiap hari. Waktu mengira pergerakan baby bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Jadi setiap hari mama akan merekod pergerakan baby, baby mestilah mencapai tahap pergerakan sebanyak 10 kali sebelum jam 9 malam. Berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik papa kepada mama, mama beritahu baby selalunya akan mencapai kiraan 10 kali pergerakan pada jam 4-5 petang. Dan kebiasaannya baby bergerak melebihi 10 kali sehari, waktu malam adalah waktu yang sangat aktif baby bergerak. Papa sentuh perut mama pun boleh rasa pergerakan anggota badan baby. Al maklum la, baby lelaki katakan.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan mama pada bulan Julai mendapat tanda merah pada buku rekod pemeriksaan bulanan. Jururawat hospital beritahu yang tekanan darah mama rendah kerana kekurangan zat besi. Mama di nasihatkan supaya lebih banyak mengambil makanan yang boleh menambah darah seperti daging, kerang dan hati ayam. Kini mama di bekalkan vitamin zat besi dan mengambil mengikut sukatan setiap hari.

Laporan Rekod Pemeriksaan Bulan Julai

Photobucket

Carta Pergerakan Janin

Photobucket